Assalamualaikum w.b.t rakan-rakan,adik-adik semua!
Hahhh! Setiap kali blog ni di 'login', pastinya ada berita kejadian yang dramatik telah berlaku dalam hidup saya.
Saya tak nak mengeluh,saya dh tak nak complaint,menyalahkan takdir Allah, qada dan qadar yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz buat insan ini, yang diharapkan menjadi seorang yg cantik lg cerdas,harapanku (itu maksud nama saya ye)
Saya dh penat mengeluh dan dh penat menyalahkan semua yg berlaku.Mungkin ini balasan Allah kepada saya kerana terlalu lama menyalahkan keadaan dan tidak redha dgn apa yg berlaku.
Mungkin semua tertanya-tanya apa yg berlaku dlm hidup saya ni sampai teruk benar je bunyinya.
Disini tak dapatlah saya jelaskan dgn terperinci lagi kerana saya rasa, kalau saya ceritakan seperti mengeluh dan complaint bunyinya nnt.
Cukuplah saya hanya ingin bermuhasabah disini, dan mengambil iktibar dan berkongsi pengajaran yg saya dapat drpd ujian Allah kali ini.Buat yang sudah maklum, maklumlah! Kan? Hahaha! Yang tidak tahu tu, mungkin ujian setiap manusia berbeza tetapi cara kita nak menghadapi kesukaran ini dan menempuhi kesusahan ini mungkin akan sama, iaitu dengan berdoa, berusaha dan minta kepada Allah agar dipermudahkan segalanya.
Setiap kali selepas diuji, janganlah kita berputus asa malah kita harus menambah ketakwaan dan keyakinan kepadaNya kerana itulah yang sedang diuji Dia.Adakah kita masih akan bersama Dia walaupun keadaan makin sukar.Kerana pastinya Dia telah berjanji akan memberi jalan dan ganjaran setimpal malah mungkin lebih lagi dengan apa yang telah kita sabarkan, dan usaha yang dikeluarkan.
Setiap kali dugaan datang menimpa kita, haruslah sentiasa cepat-cepat berfikir positif, mencari kelebihan dan hikmah yang mungkin kita tidak sedar atau nampak.Tapi, ingatlah bahawa memang benar hikmah itu sebenarnya ada namun, kita manusia tidak memiliki kuasa untuk mencarinya.Keyakinan yang tinggi haruslah ada dalam diri kita. Yes, it is easier said than done sbb nak mempunyai keyakinan yg tinggi dlm keadaan yg sukar mmg sgt sukar!Sebab syaitan sentiasa membisikkan fikiran dan idea-idea yang negatif kerana disaat kita lemah, hati juga akan lemah dan senang dihasut. Untuk mempunyai hati yang kuat, sabar hanya Allah jua yg dapat membantu.Oleh itu, yakinlah dengan kuasa doa.Doa doa doa doa!!! Doa itulah ubat segala duka.Allah pasti merawat hati yg luka jika kita berdoa dengan sungguh-sungguh.
Lastly, In The Name of Allah The Most Gracious, be confident and let Him ease all your pain with the power of dua'.
Love,
XOXO
#Pray4egypt #Pray4Syria #Pray4Palestin

